Saturday 8 December 2012

GAMBAR ANIMASI HIBURAN UNTUK KANAK-KANAK

CONTOH RPH KSSR TAHUN 2


Rancangan Pelajaran Harian

TAHUN                     : 2 MERAH

BIL. MURID              : 17 ORANG

MASA                        : 30 minit

TEMA                        : KEBUDAYAAN,KESENIAN DAN ESTETIKA

TAJUK                      : Pakaian Tradisional Masyarakat Malaysia

Standard Kandungan : 
4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur                                                .

FOKUS UTAMA :
Standard Pembelajaran  
4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
                                                     
Standard Kandungan   
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonansi yang betul
                                                   
FOKUS SAMPINGAN :
Standard Pembelajaran 
1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonansi yang betul menggunakan ayat majmuk

OBJEKTIF : 
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. melafazkan pantun dengan sebutan yang jelas dan yang betul dan memadankan maksud pantun dengan  gambar yang betul                                             
2.bercerita tentang pakaian tradisional dengan sebutanyang jelas dan intonasi yang betul menggunakan   ayat  tunggal dan majmuk
                                             
PENGISIAN KURIKULUM :
i. Ilmu: Kajian Tempatan
ii. Nilai: Kerjasama, Hormat-menghormati

KBT                           : Kreativiti dan Inovasi , Belajar Cara Belajar – bacaan intense

SISTEM  BAHASA  Tatabahasa: Kata nama khas

MEDIA                       : Teks bacaan, kad gambar, lembaran kerja                                          


 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH
DAN MASA
AKTIVITI
PENGISIAN  KURIKULUM
CATATAN

Langkah 1

5 MINIT         

     1.    Murid menamakan pakaian   
    tradisional yang dipakai oleh  
    murid.
     2.    Murid dan guru bersoal jawab  
     tentang setiap gambar mengikut   
     maklumat pemakainya:
    - siapa yang memakai?
     - Bila baju ini dipakai?
KP:
Verbal linguistik
KB:
Menjana idea
Kreativiti dan inovasi

- frasa persediaan
-frasa imaginasi
-frasa perkembangan
-frasa tindakan
 
gambar pakaian tradisional

Langkah 2

10 MINIT 

     1.    Murid dibimbing melafazkan   
    pantun 2 kerat dengan sebutan      
    dan intonasi yang betul.

     2.    Murid melafazkan pantun 2  
     kerat secara kelas dan secara    
      berkumpulan.

     3.    Murid melafazkan pantun 2 kerat    
           secara individu dengan sebutan 
          dan intonasi yang betul.

4   Murid-murid diminta melekatkan 
      kad perkataan pada gambar  
      pakaian yang  sesuai.

5   Murid diminta bercerita 
     menggunakan ayat majmuk     
     tentang pakaian yang telah

Verbal linguistik
KB:
Menghubungkait

Kreativiti dan inovasi

- frasa persediaan
- frasa imaginasi
-frasa perkembangan
-frasa tindakan










Lampiran 2- teks pantun


Baju kurung baju Melayu,
Dipakai anggun orang Melayu
 
Perut kenyang makan taufu,
Loh riang memakai samfu.
 
Pergi ke kedai membeli roti,
Pak Thurai memakai dhoti.









Media:
- Gambar
Pakaian tradisional

Kad gambar


Kad perkataan

                      baju Melayu
baju kurung
ceongsam
samfu
dhoti
sari



Langkah 3

10 MINIT
      1.    Murid diedarkan lembaran 
     kerja 1.

2. Murid membaca dan     
    memadankan ayat dengan  
    gambar.

3. Murid membandingkan 
    perbezaan pakaian bagi setiap   
    kaum.

4. Murid diedarkan baju tradisional    
    yang menggambarkan kaum di 
    Malaysia mengikut imaginasi   
    mereka.
KP:
Verbal linguistik
Kreativiti dan inovasi
- frasa persediaan
- frasa imaginasi
-frasa perkembangan
-frasa tindakan



Lembaran Kerja


Langkah 4

5 MINIT
Pentaksiran

      1.    Murid diedarkan kad pantun.

 2. Murid melafazkan pantun dalam  
     kumpulan dan dibimbing oleh  
     murid.
KP:
Verbal linguistik

Pantun
 

Baju kurung baju Melayu,

Dipakai anggun orang Melayu.


Perut kenyang makan taufu,

Loh riang memakai samfu.


                Pergi ke kedai membeli roti,
Pak Thurai memakai dhoti

Bina Ayat Tunggal Berpandukan Gambar~




Permainan Kreatif untuk Mencerdaskan Anak

KARANGAN JENIS CERITA


1. Melawat Ladang Ternakan Lembu
Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan-rakan telah melawat ke ladang ternakan lembu milik Pak Din. Ladang ternakan lembu tersebut agak luas.
        Selain membela lembu, Pak Din juga membela kambing. Haiwan ternakan itu dibiarkan bebas meragut rumput di padang yang luas.
        Semasa berada di ladang ternakan itu, kami melihat lembu dan kambing Pak Din gemuk-gemuk belaka. Ladang ternakan Pak Din begitu bersih kerana dijaga dengan rapi oleh dua orang pembantunya.
        Walaupun berasa sunnguh penat, kami berasa amat gembira kerana  telah mendapat sebuah pengalaman  baharu.

Soalan:

1. Selain lembu,apakah binatang lain yang dibela oleh Pak Din?
2. Bagaimanakah keadaan ladang ternakan Pak Din?
3. Pak Din mempunyai berapa orang pembantu?


2.Rumah Baharu Sofia
       
Ayah Sofia telah membeli sebuah rumah banglo baru. Rumah baru Sofia terletak di Taman Pokok Sena. Rumah itu ialah rumah banglo dua tingkat. Rumah itu berharga RM 430 000.
        Pada hari Sabtu yang lalu, Sofia sekeluarga telah berpindah ke rumah banglo itu. Rumah itu besar dan cantik. Rumah itu mempunyai empat buah bilik tidur, sebuah dapur, dan ruang tamu yang besar. Halaman rumahnya juga luas.
        Ibu Sofia telah menghias rumah baharu itu dengan kemas sekali. Di luar rumah, ibunya telah menanam bermacam-macam jenis pokok bunga seperti Bunga Orkid, Bunga Kertas, dan Bunga Raya. Sekarang, rumah baharu Sofia kelihatan sungguh cantik.

Soalan:

1. Apakah jenis rumah yang dibeli oleh ayah Sofia?
2. Di manakah terletaknya rumah baru Sofia?
3. Apakah jenis pokok bunga yang ditanam oleh ibu Sofia?


3.Hari  Pertama ke Sekolah
       
        Rani berasa gementar pada hari ini. Hari ini ialah hari pertama Rani ke sekolah. Rani memakai pakaian seragam sekolah dengan kemas. Ayahnya menghantar Rani ke sekolah dengan menaiki kereta.
        Apabila tiba di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, orang telah ramai. Rani dengan ditemani oleh ayahnya terus masuk ke dewan untuk mendaftar. Kemudiannya, Rani dibawa ke Tahun Satu Bestari. Guru kelas Rani bernama Cikgu Zuraidah.
        Rani mendapat ramai kawan. Rakan sekelas Rani sangat baik dan peramah. Perasaan gementar Rani hilang sedikit demi sedikit.
        Setelah pulang ke rumah, Rani menceritakan pengalaman hari pertamanya ke sekolah kepada ayah dan ibunya.

Soalan:

1. Siapa yang menghantar Rani ke sekolah?
2. Apakah nama sekolah Rani?
3. Siapakah nama guru kelas Rani?



4.Gotong-royong
       
        Pada hari Sabtu lepas, sekolah Saiful telah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Guru Besar menyuruh semua murid membawa alat-alat yang diperlukan seperti pongkes, baldi, parang, kain buruk, dan sebagainya.
        Tepat jam 8.00 pagi,semua guru dan murid sudah berkumpul di tapak perhimpunan. Penolong Kanan telah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh tiga orang guru. Ada yang mencuci longkang, memungut daun-daun kering, membakar sampah-sarap, dan menebas rumput. Selepas itu, mereka mengemas bilik darjah pula.
        Aktiviti gotong-royong itu tamat pada jam 11.00 pagi. Guru Besar berasa gembira kerana kawasan sekolah kelihatan bersih dan indah.


Soalan:

1. Bilakah gotong-royong diadakan di sekolah Saiful?
2. Pukul berapakah semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan?
3. Apakah kerja yang dilakukan oleh murid-murid?


5.Lawatan ke Rumah Orang-orang Tua.
     
        Sempena Hari Warga Tua, Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat telah mengadakan lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Sri Indah. Lawatan disertai oleh 35 orang murid beserta tiga orang guru pengiring.
        Mereka berpeluang untuk bermesra dengan penghuni rumah tersebut yang berjumlah 102 orang. Beberapa orang murid turut menghiburkan mereka dengan persembahan nyanyian dan tarian. Penghuni-penghuni di situ kelihatan terhibur.
        Cikgu Azizah telah menyampaikan sumbangan kepada penghuni-penghuni rumah orang tua itu. Sumbangan berupa wang dan pakaian itu didermakan oleh ibu bapa, guru-guru, dan orang ramai beberapa minggu sebelum lawatan diadakan. Lawatan itu telah meninggalkan banyak pengalaman manis dalam hati setiap murid serta guru.

Soalan:
1. Berapakah orang murid yang menyertai lawatan itu?
2. Berapakah penghuni yang tinggal di Rumah Orang Tua Sri Indah?
3. Apakah jenis sumbangan yang diberi oleh Cikgu Azizah?