Saturday, 8 December 2012
CONTOH RPH KSSR TAHUN 2
Rancangan Pelajaran Harian
TAHUN : 2 MERAH
BIL. MURID : 17 ORANG
MASA :
30 minit
TEMA : KEBUDAYAAN,KESENIAN DAN ESTETIKA
TAJUK : Pakaian Tradisional Masyarakat
Malaysia
Standard Kandungan :
4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul
menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur
.
FOKUS UTAMA :
Standard
Pembelajaran
4.4.1 Melafazkan pantun dua
kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz
menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
Standard
Kandungan
1.5 Bercerita dan menceritakan
sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonansi yang betul
FOKUS SAMPINGAN :
Standard Pembelajaran
1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara
yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonansi yang betul menggunakan
ayat majmuk
OBJEKTIF :
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. melafazkan pantun dengan sebutan yang jelas dan yang betul dan memadankan maksud
pantun dengan gambar yang betul
2.bercerita tentang pakaian tradisional dengan sebutanyang jelas dan intonasi yang
betul menggunakan ayat tunggal dan majmuk
PENGISIAN KURIKULUM :
i. Ilmu: Kajian Tempatan
ii. Nilai: Kerjasama, Hormat-menghormati
KBT : Kreativiti dan Inovasi , Belajar
Cara Belajar – bacaan intense
SISTEM BAHASA : Tatabahasa: Kata nama khas
MEDIA : Teks bacaan, kad gambar, lembaran
kerja
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
LANGKAH
DAN MASA
|
AKTIVITI
|
PENGISIAN
KURIKULUM
|
CATATAN
|
||
Langkah 1
5 MINIT
|
1. Murid
menamakan pakaian
tradisional yang dipakai oleh
murid.
2. Murid dan
guru bersoal jawab
tentang setiap gambar mengikut
maklumat pemakainya:
- siapa yang
memakai?
- Bila baju
ini dipakai?
|
KP:
Verbal
linguistik
KB:
Menjana idea
Kreativiti
dan inovasi
- frasa
persediaan
-frasa
imaginasi
-frasa
perkembangan
-frasa tindakan
|
gambar
pakaian tradisional
|
||
Langkah 2
10 MINIT
|
1. Murid
dibimbing melafazkan
pantun 2 kerat dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
2. Murid
melafazkan pantun 2
kerat secara kelas dan secara
berkumpulan.
3. Murid melafazkan
pantun 2 kerat
secara individu dengan
sebutan
dan intonasi yang betul.
4
Murid-murid diminta melekatkan
kad perkataan pada gambar
pakaian yang sesuai.
5
Murid diminta bercerita
menggunakan ayat majmuk
tentang pakaian yang telah
|
Verbal
linguistik
KB:
Menghubungkait
Kreativiti
dan inovasi
- frasa
persediaan
- frasa
imaginasi
-frasa
perkembangan
-frasa
tindakan
|
Lampiran 2- teks pantun
Media:
- Gambar
Pakaian
tradisional
Kad gambar
Kad perkataan
baju Melayu
baju kurung
ceongsam
samfu
dhoti
sari
|
||
Langkah 3
10 MINIT
|
1. Murid
diedarkan lembaran
kerja 1.
2. Murid membaca dan
memadankan ayat dengan
gambar.
3. Murid membandingkan
perbezaan pakaian bagi setiap
kaum.
4. Murid diedarkan baju tradisional
yang menggambarkan kaum di
Malaysia mengikut imaginasi
mereka.
|
KP:
Verbal
linguistik
Kreativiti
dan inovasi
- frasa
persediaan
- frasa
imaginasi
-frasa
perkembangan
-frasa
tindakan
|
Lembaran
Kerja
|
||
Langkah 4
5 MINIT
|
Pentaksiran
1. Murid
diedarkan kad pantun.
2. Murid melafazkan pantun dalam
kumpulan dan dibimbing oleh
murid.
|
KP:
Verbal
linguistik
|
Pantun
Baju kurung baju
Melayu,
Dipakai anggun
orang Melayu.
Perut kenyang
makan taufu,
Loh riang memakai
samfu.
Pergi ke kedai membeli roti,
Pak Thurai memakai dhoti
|
KARANGAN JENIS CERITA
1. Melawat Ladang Ternakan Lembu
Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan-rakan
telah melawat ke ladang ternakan lembu milik Pak Din. Ladang ternakan lembu tersebut agak luas.
Selain membela lembu, Pak
Din juga membela kambing. Haiwan ternakan itu dibiarkan bebas meragut rumput di
padang yang luas.
Semasa berada di ladang
ternakan itu, kami melihat lembu dan kambing Pak Din gemuk-gemuk belaka. Ladang
ternakan Pak Din begitu bersih kerana dijaga dengan rapi oleh dua orang
pembantunya.
Walaupun berasa sunnguh penat, kami berasa amat gembira
kerana telah mendapat sebuah
pengalaman baharu.
Soalan:
1. Selain lembu,apakah binatang lain yang dibela
oleh Pak Din?
2. Bagaimanakah keadaan ladang ternakan Pak Din?
3. Pak Din mempunyai berapa orang pembantu?
2.Rumah Baharu Sofia
Ayah Sofia telah membeli sebuah rumah banglo baru. Rumah baru Sofia terletak di Taman Pokok Sena.
Rumah itu ialah rumah banglo dua tingkat. Rumah itu berharga RM 430 000.
Pada hari Sabtu yang lalu, Sofia sekeluarga telah berpindah ke rumah
banglo itu. Rumah itu besar dan cantik. Rumah itu mempunyai empat buah bilik
tidur, sebuah dapur, dan ruang tamu yang besar. Halaman rumahnya juga luas.
Ibu
Sofia telah menghias rumah baharu itu dengan kemas sekali. Di luar rumah,
ibunya telah menanam bermacam-macam jenis pokok bunga seperti Bunga Orkid,
Bunga Kertas, dan Bunga Raya. Sekarang, rumah baharu Sofia kelihatan sungguh
cantik.
Soalan:
1. Apakah jenis rumah yang dibeli oleh ayah Sofia?
2. Di manakah terletaknya rumah baru Sofia?
3. Apakah jenis pokok bunga yang ditanam oleh ibu
Sofia?
3.Hari Pertama ke Sekolah
Rani
berasa gementar pada hari ini. Hari ini ialah hari pertama Rani ke sekolah.
Rani memakai pakaian seragam sekolah dengan kemas. Ayahnya menghantar Rani ke
sekolah dengan menaiki kereta.
Apabila
tiba di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, orang telah ramai. Rani dengan ditemani
oleh ayahnya terus masuk ke dewan untuk mendaftar. Kemudiannya, Rani dibawa ke
Tahun Satu Bestari. Guru kelas Rani bernama Cikgu Zuraidah.
Rani
mendapat ramai kawan. Rakan sekelas Rani sangat baik dan peramah. Perasaan
gementar Rani hilang sedikit demi sedikit.
Setelah
pulang ke rumah, Rani menceritakan pengalaman hari pertamanya ke sekolah kepada
ayah dan ibunya.
Soalan:
1. Siapa yang menghantar Rani ke sekolah?
2. Apakah nama sekolah Rani?
3. Siapakah nama guru kelas Rani?
4.Gotong-royong
Pada
hari Sabtu lepas, sekolah Saiful telah mengadakan gotong-royong untuk
membersihkan kawasan sekolah. Guru Besar menyuruh semua murid membawa alat-alat
yang diperlukan seperti pongkes, baldi, parang, kain buruk, dan sebagainya.
Tepat
jam 8.00 pagi,semua guru dan murid sudah berkumpul di tapak perhimpunan.
Penolong Kanan telah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Setiap
kumpulan diketuai oleh tiga orang guru. Ada yang mencuci longkang, memungut daun-daun kering, membakar
sampah-sarap, dan menebas rumput. Selepas itu, mereka mengemas bilik darjah
pula.
Aktiviti gotong-royong itu
tamat pada jam 11.00 pagi. Guru Besar berasa gembira kerana kawasan sekolah
kelihatan bersih dan indah.
Soalan:
1. Bilakah gotong-royong diadakan di sekolah Saiful?
2. Pukul berapakah semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan?
3. Apakah kerja yang dilakukan oleh murid-murid?
5.Lawatan ke Rumah Orang-orang
Tua.
Sempena
Hari Warga Tua, Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat telah mengadakan lawatan ke
Rumah Orang-orang Tua Sri Indah. Lawatan
disertai oleh 35 orang murid beserta tiga orang guru pengiring.
Mereka berpeluang untuk
bermesra dengan penghuni rumah tersebut yang berjumlah 102 orang. Beberapa
orang murid turut menghiburkan mereka dengan persembahan nyanyian dan tarian.
Penghuni-penghuni di situ kelihatan terhibur.
Cikgu Azizah telah menyampaikan sumbangan kepada
penghuni-penghuni rumah orang tua itu. Sumbangan berupa wang dan pakaian itu
didermakan oleh ibu bapa, guru-guru, dan orang ramai beberapa minggu sebelum
lawatan diadakan. Lawatan itu telah meninggalkan banyak pengalaman manis dalam
hati setiap murid serta guru.
Soalan:
1. Berapakah orang murid yang menyertai lawatan
itu?
2. Berapakah penghuni yang tinggal di Rumah Orang
Tua Sri Indah?
3. Apakah jenis sumbangan yang diberi oleh Cikgu
Azizah?
Subscribe to:
Posts (Atom)